Monday, 19 September 2011

dah lumrah..memang macam ni lah kan.....

kata kata orang yang tengah BAHAGIA dengan CINTA
1. Tiap masa adalah untuk bercinta.
wahh..kata2 ni memang keluar dari mulut orang yang tengah di lamun cinta. asyik nak bercinta je..wahh..hati pun berbunga2. orang cakap "makan tak kenyang, mandi tak basah" la ni..

2. Best bila ada yang ambil berat pasal kita tau
kalau ada yang sayang mesti la ada je yang nak ambil tahu tentang kita kan..tak kisah pun kalau rasa terkongkong, asalkan ada orang yang jaga kita.

3. Kalau sedih tu biasa la, adat bercinta.
yang ni orang cakap "sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula orang yang bercinta"..pasti ada salah paham..kiranya kalau gaduh pun, gaduh2 manja la kot..huhu..

4. Dia je la hidup dan matiku.
wahhh..yang ni kira ayat dahsyat la ni ye..tapi ada je pasangan yang macam ni..kiranya sanggup berkorban harta dan nyawa la ni..huhuhu..alamak, dah macam laila dan majnun la pula..=p 

5. Cinta itu bahagia.
yang bahagia tu bahagia la..yang derita?oppss!huhu..yang bahagia tu mesti la kata2 pasangan yang memang tentu bahagianya..bak kata pepatah, " lautan api sanggup ku renangi" wahhh..ada ke sampai macam tu sekali..kalau ada, bahagianya la..huhu.

6. Aku dah pasti dah, dia la jodoh aku, pilihan aku.
yang ni pula dah yakin 100% ni.huhu..kalau ada pilihan mak ayah, dah tentu tolak ketepi.huhu..tapi biarla berpegang pada " kita hanya merancang, tapi tuhan yang akan menentukan" 
7. Hidup ni tak bermakna tanpa cinta.
ayat ni biasa digunakan bagi orang yang dah biasa bercinta. kalau tak bercinta tu rasa macam tak lengkap hidup tu.esok putus, lusa dah ada cinta baru.huhu..



kata2 orang yang KECEWA dengan CINTA... 

1. buang masa je bercinta ni..
yang ni ayat2 yang biasa keluar dari mulut orang yang dah kecewa..memang kalau boleh tak nak lagi kot buang masa yang berharga dengan bercintan-cintun ni..

2. tak best la bila ada yang kongkong kita.
mungkin kata2 ni untuk yang rasa lebih bebas bila dah putus cinta..dah rasa kebebasan tu milik diaorang..so bila dah macam ni rasa tak nak dikongkong lagi la dengan sapa2 pun..

3. membazir air mata je bila putus2 cinta ni.
bila dah putus cinta kebanyakan nya akan stress dan kebanyakkannya akan mengalirkan air mata bertimba2 kot..huhu..so kata2 nasihat ni akan keluar la dari mulut orang yang kecewa dengan cinta ni.

4. kumbang bukan seekor.
walaupun lelaki2 di Malaysia ni dah dikatakan makin kurang ( macam pupus gak la) huhuhu..tapi ada je yang belum berpunya kan..so kiranya kalau putus cinta tu, petik jari je dah boleh dapat pengganti..ni bukan saya cakap tau, tapi orang lain yang cakap..huhuhu...=p kira nya ayat penyedap hati la ni..huhuhu

5. ada jodoh aku dengan dia ada la..berserah je..
yang ni memang dah ayat berserah diri ni..huhu..memang dah malas nak fikir tentang cinta.kalau boleh pun tak nak bercinta lagi dah, sebab dah frust menonggeng la katanya.. kalau boleh nak suruh mak ayah carikan jodoh je..huhu

6. cinta tu hanya derita je la.
yang ni pula macam ayat hasutan je..huhuhu..lagi2 kalau memang dah fed up dengan cinta ni..kecewa sangat dah ni..sebab tu la diarang yang kecewa cakap sampai macam ni..bagi diaorang bila bercinta ni akan berakhir dengan derita..dahsyat kan kalau dah betul2 kecewa ni..

 7. tak mati la kalau tak bercinta ni..
yang ni memang ayat untuk menguatkan semangat untuk tidak fikir tentang cinta lagi..diaorang cakap hidup mesti diteruskan..kira ok la ni..daripada yang kecewa dengan cinta kemudian buat benda yang bukan2 kan..kan lagi parah tu..apa2 pun hidup memang perlu diteruskan..=)


p/s : so...orang tua2 ade kate,bercinte jangan nak beria2 sangat..jangan menaruh harapan tinggi sangat.tak salah bercinta tapi ikut la landasan yang betul.korang da besa kan?da matang kan?dah boley pikir kan?so...carila pasangan hidup terbaik untuk korang ye..ingat,jodoh tu kat tangan tuhan...kalau dah namenye jodoh,larilah 1 dunia pon,dialah takdir kita.kalau dah tuhan kata dia bukan jodoh kita,pertahankanlah hubungan tu walau seabad sekalipon,dia tetap tak dirakdirkan untuk kita. ~love.cikfara~

4 comments:

  1. mak aih . ini kata kata doktor cinta kakak lesung ka ? haha . nice ..
    in my opinion , i just need someone to approach me in really good manner . and till now , no one have that (:

    ReplyDelete
  2. ye ke..?
    bagi aku couple best, single pun best !

    sbb tu aku suke SCANDAL...sebab lagi bestttt !!

    ReplyDelete